Thursday, March 7, 2013

Senarai Universiti Yang Diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Intake 2013/2014 Ijazah Perubatan Di Mesir Bagi Lepasan Spm

Asalamualaikum... Kepada ibu bapa pelajar lepasan SPM yang inginkan anak mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di mesir, anda boleh mendaftar dengan emailkan maklumat seperti dibawah:

1. Nama penuh pelajar
2. Nama Ibu / Bapa atau penjaga
3. No Telefon
4. No Kad pengenalan pelajar
5. Keputusan SPM (SPM sebenar selepas keputusan keluar)

email ke studymedic@gmail.com


  Senarai Universiti Yang Diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Mesir

Mansoura University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

Alexandria University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

Russia

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan.

Indonesia

Universitas Airlangga

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Universitas Sumatera Utara

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Universitas Padjadjaran

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Institut Teknologi Bandung

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang yang ditawarkan adalah Farmasi selama 4 tahun. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Study Medic Di Karnival Pengajian Tinggi

Asalamualaikum semua! 9/03-10/03 depan team Study Medic akan berada di Padang Kawad Perkarangan Dewan Utama Pelajar USM,Pulau Pinang.Boleh datang jumpa kami untuk penerangan lanjut tentang pengajian perubatan Mesir sesi 2013/2014

P/s Untyuk maklumat lanjut sila hubungi: 012 2865 228 Azrul Haris

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjamanyang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.


Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


Jenis Pinjaman


Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman Biasa


Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
Bidang Kritikal
Bidang Keutamaan
Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)


Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.


MAKLUMAT LANJUT


Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis/e-mel ke alamat berikut:-


Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya


E-mel : Maklumat Umum Penajaan : penawaranlsp@jpa.gov.my / dasarpenajaan@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Luar Negara : lspln@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Dalam Negara : lspdn@jpa.gov.my


Klik untuk info lanjut


Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung program perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir, sila daftar di study medic atau email nama penuh, alamat, no telefon dan keputusan SPM ke studymedic@gmail.com.