Wednesday, March 4, 2015

Intake 2015 Berita Baik Bagi Pelajar Yang Ingin Ke Mesir

Intake 2015 Berita Baik Bagi Pelajar Yang Ingin Ke Mesir


Assalamualaikum.

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan & Pergigian di Mesir & Russia. Pihak kami telah menghantar email maklumbalas dimana anda perlu untuk menghantar dokumen kepada pihak kami bagi proses selanjutnya.

Berita baik bagi tahun ini dimana kos agensi dikurangkan sehingga RM10,000. Namun pihak kami masih menyediakan kemudahan seperti Tempat tinggal yang selesa, dapur, mesin basuh, katil, meja belajar, penghantaran pelajar, kursus persediaan selama 6 minggu.

Syarat minima juga masih kekal iaitu B dalam semua subjek SPM. Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan, anda boleh membuat pendaftaran melalui link di bawah:


Dokumen Yang Diperlukan
1) 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
2) 15 SALINAN SLIP SPM
3) 15 SALINAN KAD PENGENALAN
4) CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN)
5) 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika ada)
6) 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU


Proses Permohonan

1. Penghantaran Dokumen & Permohonan
2. Terima Surat Tawaran dari Universiti
3. Kursus Persediaan selama 6 Minggu di UKM Bangi
4. Terbang ke Mesir pada pertengahan bulan 9 2015


Kuliah
Bagi program perubatan dan pergigian adalah 100% dalam Bahasa Inggeris

Penginapan
1. Kami menyediakan rumah pelajar bagi tahun pertama. Termasuk perabot, dapur, mesin basuh dan menjadi milik pelajar (Boleh bawa kelengkapan ke rumah baru pada tahun 2)
2. Pelajar perlu mencari rumah sewa pada tahun 2 & seterusnya. Kadar sewa sekitar RM500 - RM800 sebulan. Biasanya pelajar akan ambil rumah pelajar senior di sana.
3. Pelajar akan memilih rakan serumah pada kursus persediaan.


Kos Hidup
Sekitar RM500 sebulan.


Cuti Semester
Dari bulan 6 hingga bulan 9. Lebih kurang hampir 4 bulan.


Syarat Minima
SPM(Sains Tulen) B dalam semua subjek.
Jika ada C walaupun bukan subjek berkaitan seperti Bahasa Arab / Akaun dikira TIDAK LAYAK.

Kos Agensi
Kos agensi hanya dibayar sekali sahaja pada Tahun 1.


Bayaran Yuran Universiti
Dibuat sebelum bulan 15 Desember 2015 setelah pelajar mengikuti kuliah.
Bayaran yuran menggunakan Bank Draft (CIMB / Maybank) atas nama Universiti dan diserahkan ke Pejabat Kami


Untuk maklumat lanjut, sila 0122865228 Azrul Haris (SMS/Whatsapp/Call)