Thursday, February 14, 2013

Peluang Melanjutkan Dalam Bidang Perubatan Di Mesir

Peluang Melanjutkan Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi Di Mesir

Asalamualaikum...

Kami mengalu-alukan kepada ibu bapa bagi menghantar anak mereka mengikuti Pengajian Perubatan, Pergigian atau Farmasi di Mesir selaras dengan wawasan 2020 dimana nisbah doktor dan pesakit adalah 1:400 berbanding sekarang dimana seorang doktor terpaksa mengendalikan terlalu ramai pesakit menyebabkan pesakit terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan terutama bagi pesakit kronik.

Apakah kelebihan mengikuti pengajian perubatan di Mesir berbanding negara sendiri?

Sebenarnya terdapat banyak jurang perbezaan belajar perubatan di Mesir berbanding negara lain, antaranya ialah yuran pengajian yang jauh lebih murah, kos sara hidup rendah terutamanya di Mansoura Universiti. Namun begitu, ia bergantung kepada cara hidup setiap pelajar itu sendiri. 

Selain dapat melahirkan pakar perubatan, Mesir merupakan Bumi Anbia dimana pelajar dapat mendalami ilmu agama.
   

Apakah Kelayakan Minima Untuk Melanjutkan Pengajian Di Mesir?

Kelayakan minima ialah sekurang-kurangnya B dalam semua mata pelajaran SPM. Berbeza dengan negara-negara lain, Bidang perubatan di Mesir hanya memerlukan keputusan SPM. Ya SPM sahaja tanpa perlu mengambil Sijil Matrikulasi, STPM.