Tuesday, April 1, 2014

Panduan Melanjutkan Pengajian Perubatan di Turki Bagi Lepasan SPM 2013

Assalamualaikum...

Panduan Melanjutkan Pengajian Perubatan di Turki Bagi Lepasan SPM 2013

Atas sebab ramai pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi di Turki, saya ingin kongsikan sedikit panduan bagi memudahkan pelajar lepasan SPM atau ibu bapa sendiri.

1. Syarat kelayakan adalah SPM 7B 2C dalam bidang Sains Tulen. 

2. Perlu melengkapkan dokumen seperti 
    -Salinan IC pelajar, 
    -Gambar berukuran passport 15 keping, 
    -Salinan slip SPM
    -Salinan passport
   dan diserahkan kepada pihak Study Medic sebelum 15 April 2014 beserta deposit sebanyak RM500.

3. Pelajar akan menduduki ujian pada hujung Mei atau awal Jun bertempat di UKM bangi. 
    Ujian yang dipanggil YÖS (Yabancı Öğrenci Sınavı) bermaksud Foreigners Entrance Exam atau Ujian     Kemasukkan Pelajar Luar Negara. Ujian YOS meliputi 2 subjek iaitu:
    - Ujian IQ (45 soalan) dan Matematik (35 soalan) dalam tempoh 90 minit.
    - Ujian Bahasa Turki (Perlu mengikuti Kursus Bahasa selama 1 tahun jika anda gagal ujian ini)

4. Pelajar akan mendapat keputusan dari pihak Universiti di Turki pada bulan Ogos.

5. Terbang ke Turki pada bulan September. Jika pelajar gagal dalam ujian Bahasa Turki, bermakna 
    pelajar akan mengikuti Kursus Bahasa Turki dalam tempoh setahun dan tempoh pengajian akan ditambah
    selama setahun. Contohnya: Program Perubatan 6 tahun + 1 tahun kursus bahasa = 7 tahun.
    Rumah akan disediakan sepanjang tempoh pengajian di sana. 

Sekian sahaja info yang saya dapat kongsikan. Bagi adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian & Farmasi di Turki, anda boleh emailkan senarai 
dokumen (No 2) ke azrulharis85@gmail.com atau hubungi saya di talian
012 2865 228 (SMS/Whatsapp) Azrul Haris

Anda juga boleh terus datang ke pejabat kami di alamat:

Global Medic Network Sdn Bhd
No 38-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor

Sebelah Toyota Showroom, Sebaris Petronas & Open Universiti.






Sunday, March 23, 2014

Pengajian Perubatan Pergigian dan Farmasi 2014/2015

Pengajian Perubatan Pergigian dan Farmasi di Mesir, Turki, Russia dan Indonesia 2014/2015

Assalamualaikum...

Pihak Study Medic akan mengadakan Siri Taklimat Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir, Turki, Russia dan Indonesia bermula 28 Mac 2014. Berikut merupakan syarat kelayakan:

NegaraSyarat MinimaBahasa
Mesir SPM B dalam semua subjek Bahasa Inggeris
TurkiSPM (Perlu mangambil ujian kemasukkan) Bahasa Turki
RussiaSPM 3 tahun Bahasa Inggeris, 3 tahun Bahasa Russia
IndonesiaSTPM/Diploma/Matrikulasi CGPA: 2.5Bahasa Inggeris & Indonesia

Berikut merupakan jadual masa dan lokasi taklimat:

Senarai Universiti

Mesir
1. Universiti Mansoura
2. Universiti Alexandria

Turki
1. University Of Ankara
2. University Of EGE
3. University Of Hacettepe

Russia
1. I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Indonesia
1. Universiti Padjajaran
2. Institut Teknologi Bandung
3. Universiti Gadjah Mada
4. Universiti Sumatera Utara
5. Universiti Airlangga

Semua Universiti di atas adalah diiktiraf oleh JPA dan MMC

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Turki, anda perlu mengambil ujian kemasukkan 
yang akan diadakan pada bulan April 2014. Ujian adalah mengenai Penyelesaian Masalah dan Ujian IQ. 

Apakah Kemudahan Yang Disediakan Oleh Study Medic?

1. Tempat tinggal yang selesa bagi tahun pertama.
2. Kelengkapan rumah seperti katil, mesin basuh, peti sejuk, meja belajar, internet, water heater, dapur dan banyak lagi. Ia akan menjadi milik pelajar.
3. Surat tawaran dari pihak Universiti
4. Kursus Pintar selama 6 minggu bertempat di UKM Bangi.
5. Penghantaran pelajar dari KLIA hingga ke rumah pelajar.
6. Visa hingga tamat belajar.
7. Penghantaran dokumen pelajar percuma kepada Ibu/Bapa.
8. Makanan percuma sewaktu peperiksaan.
9. Program tuisyen percuma.
dan banyak lagi...

Dokumen Yang Perlu Disediakan




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azrul Haris 012 2865 228 (Call/SMS/Whatsapp)