Wednesday, March 4, 2015

Intake 2015 Berita Baik Bagi Pelajar Yang Ingin Ke Mesir

Intake 2015 Berita Baik Bagi Pelajar Yang Ingin Ke Mesir


Assalamualaikum.

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan & Pergigian di Mesir & Russia. Pihak kami telah menghantar email maklumbalas dimana anda perlu untuk menghantar dokumen kepada pihak kami bagi proses selanjutnya.

Berita baik bagi tahun ini dimana kos agensi dikurangkan sehingga RM10,000. Namun pihak kami masih menyediakan kemudahan seperti Tempat tinggal yang selesa, dapur, mesin basuh, katil, meja belajar, penghantaran pelajar, kursus persediaan selama 6 minggu.

Syarat minima juga masih kekal iaitu B dalam semua subjek SPM. Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan, anda boleh membuat pendaftaran melalui link di bawah:


Dokumen Yang Diperlukan
1) 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
2) 15 SALINAN SLIP SPM
3) 15 SALINAN KAD PENGENALAN
4) CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN)
5) 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika ada)
6) 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU


Proses Permohonan

1. Penghantaran Dokumen & Permohonan
2. Terima Surat Tawaran dari Universiti
3. Kursus Persediaan selama 6 Minggu di UKM Bangi
4. Terbang ke Mesir pada pertengahan bulan 9 2015


Kuliah
Bagi program perubatan dan pergigian adalah 100% dalam Bahasa Inggeris

Penginapan
1. Kami menyediakan rumah pelajar bagi tahun pertama. Termasuk perabot, dapur, mesin basuh dan menjadi milik pelajar (Boleh bawa kelengkapan ke rumah baru pada tahun 2)
2. Pelajar perlu mencari rumah sewa pada tahun 2 & seterusnya. Kadar sewa sekitar RM500 - RM800 sebulan. Biasanya pelajar akan ambil rumah pelajar senior di sana.
3. Pelajar akan memilih rakan serumah pada kursus persediaan.


Kos Hidup
Sekitar RM500 sebulan.


Cuti Semester
Dari bulan 6 hingga bulan 9. Lebih kurang hampir 4 bulan.


Syarat Minima
SPM(Sains Tulen) B dalam semua subjek.
Jika ada C walaupun bukan subjek berkaitan seperti Bahasa Arab / Akaun dikira TIDAK LAYAK.

Kos Agensi
Kos agensi hanya dibayar sekali sahaja pada Tahun 1.


Bayaran Yuran Universiti
Dibuat sebelum bulan 15 Desember 2015 setelah pelajar mengikuti kuliah.
Bayaran yuran menggunakan Bank Draft (CIMB / Maybank) atas nama Universiti dan diserahkan ke Pejabat Kami


Untuk maklumat lanjut, sila 0122865228 Azrul Haris (SMS/Whatsapp/Call)

Sunday, February 1, 2015

Majlis Graduasi Pelajar Malaysia di Mesir

Majlis Graduasi Pelajar Malaysia di Universiti Mansoura Mesir






Intake 2015 Ijazah Perubatan di Mesir & Prosedur Pendaftaran

Intake 2015 Ijazah Perubatan & Pergigian di Mesir


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa Intake 2015 bagi Program Perubatan, Pergigian & Farmasi di Mesir akan dibuka setelah keputusan SPM 2014 diumumkan. 

Bagi pelajar yang telah membuat pendaftaran, pihak kami akan menghantar butiran lengkap dalam tempoh terdekat.

Terdapat beberapa perubahan terutama bagi program perubatan di Mesir dari segi Kos dan juga syarat minimum dimana pada tahun ini, syarat minimum bagi Program Perubatan di Mesir ialah 

Chemistry:             A
Biology    :             A
Lain-lain subjek:     B

Bagi kos agensi juga terdapat pengurangan sehingga RM8000 (Bagi Universiti di Mesir Sahaja).

Perkhidmatan kami adalah termasuk:
  1. Penerbangan & Penghantaran pelajar dari KLIA hingga ke pintu rumah.
  2. Pengangkutan bagasi dari Lapangan Terbang.
  3. Kursus Pre Medic & Bahasa Arab selama 6 minggu.
  4. Rumah pelajar selama 1 tahun.
  5. Perkakas rumah seperti perabot, katil, mesin basuh, dapur dan sebagainya (Menjadi hak milik pelajar)

Prosedur Pendaftaran:

1. Pendaftaran & Penyerahan Dokumen
  • 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
  • 15 SALINAN SPM 
  • 15 SALINAN KAD PENGENALAN 
  • CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN) 
  • 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika ada) 
  • 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU
  • Bayaran RM1500 
2. Terima Surat Tawaran dari Universiti.

3. Kursus Pintar (Pre Medic & Bahasa Arab)

4. Penghantaran Pelajar

Pembayaran Kos Agensi adalah berperingkat mengikut tarikh yang akan ditetapkan.

Pembayaran yuran universiti akan dibuat setelah pelajar menduduki kuliah di sana menggunakan Bank Draft atas nama Universiti. Bank draft boleh diserahkan ke pejabat kami.

Yuran Universiti

Mansoura Universiti: USD8000 / Year
Alexandria Universiti: USD8000 / Year

Anggaran (RM29000) pada tarikh 1 Feb 2015

Jumlah kos keseluruhan bagi tahun 1 ialah RM45,000.00 (Anggaran) termasuk kos agensi & yuran universiti. 

Living Cost

Universiti Mansoura
Sekitar RM500 - 700 Sebulan 

Universiti Alexandria
Sekitar RM600 - 900 Sebulan (Bandar pelancongan agak tinggi berbanding Mansoura)

Kuliah

Bagi program Perubatan & Pergigian, kuliah adalah dalam bahasa Inggeris 100%. Modul pembelajaran adalah berdasarkan PBL Menchester (Problem Base Learning - Modul dari University of Menchester United Kingdom) dimana ianya lebih kepada Praktikal, Work group.

Biasiswa

Pelajar perlu memohon sendiri Biasiswa atau Tajaan dari KPT / Mara. Pihak kami tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi permohonan Biasiswa.

Pengeluaran KWSP Ibu / Bapa

Pihak kami akan mengeluarkan dokumen sokongan bagi pengeluaran KWSP Ibu / Bapa bagi menampung kos pembelajaran & kos agensi.

Universiti adalah diiktiraf oleh MMC

Perkhidmatan Lain

Penghantaran Parcel - Penghantaran akan dilakukan pada setiap 28 Haribulan. Ia akan mengambil masa 1 - 2 minggu untuk tiba ke rumah pelajar.

Penghantaran Pelajar

Pelajar akan terbang ke Mesir pada awal September, pelajar akan berkumpul di KLIA bagi menerima taklimat ringkas, bacaan doa. Penerbangan akan mengambil masa 12 Jam dari KLIA ke Cairo Airport. Dan mengambil masa 2 jam perjalanan dari Cairo Airport ke Rumah Pelajar menggunakan bas yang kami sediakan. 

Bagasi

Pelajar dibenarkan untuk membawa 2 bagasi & 1 hand carry. Berat bagi setiap satu bagasi ialah 23 kg dan 7 kg bagi hand carry. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda dikenakan caj tambahan jika berat melebihi syarat yang ditetapkan.

Maklumat lanjut, sila hubungi 012 2865 228 Azrul (Call / SMS / Whatsapp) atau klik butangdi bawah bagi membuat Pra Pendaftaran. Pihak kami akan menghubungi anda setelah INTAKE 2015 Dibuka.










Galeri