Intake 2015 Ijazah Perubatan & Pergigian di Mesir
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa Intake 2015 bagi Program Perubatan, Pergigian & Farmasi di Mesir akan dibuka setelah keputusan SPM 2014 diumumkan.
Bagi pelajar yang telah membuat pendaftaran, pihak kami akan menghantar butiran lengkap dalam tempoh terdekat.
Terdapat beberapa perubahan terutama bagi program perubatan di Mesir dari segi Kos dan juga syarat minimum dimana pada tahun ini, syarat minimum bagi Program Perubatan di Mesir ialah
Chemistry: A
Biology : A
Lain-lain subjek: B
Bagi kos agensi juga terdapat pengurangan sehingga RM8000 (Bagi Universiti di Mesir Sahaja).
Perkhidmatan kami adalah termasuk:
- Penerbangan & Penghantaran pelajar dari KLIA hingga ke pintu rumah.
- Pengangkutan bagasi dari Lapangan Terbang.
- Kursus Pre Medic & Bahasa Arab selama 6 minggu.
- Rumah pelajar selama 1 tahun.
- Perkakas rumah seperti perabot, katil, mesin basuh, dapur dan sebagainya (Menjadi hak milik pelajar)
Prosedur Pendaftaran:
1. Pendaftaran & Penyerahan Dokumen
- 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
- 15 SALINAN SPM
- 15 SALINAN KAD PENGENALAN
- CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN)
- 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika ada)
- 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU
- Bayaran RM1500
2. Terima Surat Tawaran dari Universiti.
3. Kursus Pintar (Pre Medic & Bahasa Arab)
4. Penghantaran Pelajar
Pembayaran Kos Agensi adalah berperingkat mengikut tarikh yang akan ditetapkan.
Pembayaran yuran universiti akan dibuat setelah pelajar menduduki kuliah di sana menggunakan Bank Draft atas nama Universiti. Bank draft boleh diserahkan ke pejabat kami.
Yuran Universiti
Mansoura Universiti: USD8000 / Year
Alexandria Universiti: USD8000 / Year
Anggaran (RM29000) pada tarikh 1 Feb 2015
Jumlah kos keseluruhan bagi tahun 1 ialah RM45,000.00 (Anggaran) termasuk kos agensi & yuran universiti.
Living Cost
Universiti Mansoura
Sekitar RM500 - 700 Sebulan
Universiti Alexandria
Sekitar RM600 - 900 Sebulan (Bandar pelancongan agak tinggi berbanding Mansoura)
Kuliah
Bagi program Perubatan & Pergigian, kuliah adalah dalam bahasa Inggeris 100%. Modul pembelajaran adalah berdasarkan PBL Menchester (Problem Base Learning - Modul dari University of Menchester United Kingdom) dimana ianya lebih kepada Praktikal, Work group.
Biasiswa
Pelajar perlu memohon sendiri Biasiswa atau Tajaan dari KPT / Mara. Pihak kami tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan bagi permohonan Biasiswa.
Pengeluaran KWSP Ibu / Bapa
Pihak kami akan mengeluarkan dokumen sokongan bagi pengeluaran KWSP Ibu / Bapa bagi menampung kos pembelajaran & kos agensi.
Universiti adalah diiktiraf oleh MMC
Perkhidmatan Lain
Penghantaran Parcel - Penghantaran akan dilakukan pada setiap 28 Haribulan. Ia akan mengambil masa 1 - 2 minggu untuk tiba ke rumah pelajar.
Penghantaran Pelajar
Pelajar akan terbang ke Mesir pada awal September, pelajar akan berkumpul di KLIA bagi menerima taklimat ringkas, bacaan doa. Penerbangan akan mengambil masa 12 Jam dari KLIA ke Cairo Airport. Dan mengambil masa 2 jam perjalanan dari Cairo Airport ke Rumah Pelajar menggunakan bas yang kami sediakan.
Bagasi
Pelajar dibenarkan untuk membawa 2 bagasi & 1 hand carry. Berat bagi setiap satu bagasi ialah 23 kg dan 7 kg bagi hand carry. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda dikenakan caj tambahan jika berat melebihi syarat yang ditetapkan.
Maklumat lanjut, sila hubungi 012 2865 228 Azrul (Call / SMS / Whatsapp) atau klik butangdi bawah bagi membuat Pra Pendaftaran. Pihak kami akan menghubungi anda setelah INTAKE 2015 Dibuka.
Galeri
No comments:
Post a Comment