Thursday, March 7, 2013

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjamanyang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.


Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


Jenis Pinjaman


Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman Biasa


Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
Bidang Kritikal
Bidang Keutamaan
Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)


Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.


MAKLUMAT LANJUT


Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis/e-mel ke alamat berikut:-


Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya


E-mel : Maklumat Umum Penajaan : penawaranlsp@jpa.gov.my / dasarpenajaan@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Luar Negara : lspln@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Dalam Negara : lspdn@jpa.gov.my


Klik untuk info lanjut


Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung program perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir, sila daftar di study medic atau email nama penuh, alamat, no telefon dan keputusan SPM ke studymedic@gmail.com.

No comments:

Post a Comment