TUGAS-TUGAS DOKTOR GIGI
Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan beberapa tugas yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia. Tugas yang pertama yang perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat pemeriksaan ke atas pesakit perlu mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas pesakit tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya keatas pesakit tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika pesakit menunjukkan tanda – tanda yang agak serius doktor gigi perlulah membuat prosedur lanjutan dalam menyiasat penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan sebagainya.
Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi perlulah memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya dan jika penyakit pesakit tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka doktor gigi perlulah menentukan di mana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan memberi ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit tersebut memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos rawatan kepada syarikat yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah membuat laporan tersebut.
Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran ialah doktor gigi perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti kes-kes yang serius yang dihidapi oleh para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga membincangkan perkembangan terbaru berkaitan dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pengubalan dan juga menbuat perancangan unit
Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan sosial. Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga bahagian pentadbiran doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan juga membimbing staff klinikal dan juga kejururawatan agar perjalanan kedua-dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi juga membantu di dalam mengurus kes – kes yang berkaitan dengan “medico-legal”.
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam menangani permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi cabaran yang telah diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan sempurna begitu juga dengan doktor dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi situasi yang akan mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.
Aspek Umum
Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor gigi. Ini kerana dengan komunikasi yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa diambil berat oleh doktor dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka doktor perlulah menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun apabila memulakan perbualan seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab soalan kepada pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana takut berlakunya punca salah faham diantara pesakit dengan doktor. Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah menjawab apa yang dikemukakan oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak – agak. Selain itu, kemahiran menyelesaikan maslalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat, cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi perlu berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat rawatanya.
Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan. Setiap doktor gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling pekeliling yang berkaitan dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam Perintah Am tersebut mengandungi larangan – larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah bersikap terbuka dengan apa jua situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang dengan emosi yang tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut. Doktor gigi juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah pesakit dan bijak menguruskan stress.
Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran teknologi maklumat juga penting. Ini selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat ini. Kerjaya doktor gigi ini juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu kumpulan dan mampu memberi arahan kepada staff – staff bawahan.
Aspek Khusus
Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara iaitu yang pertama mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor gigi memerlukan kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas kes ‘mediccolegal’. Doktor gigi juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes – kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain daripada itu juga doktor gigi juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah persedian untuk setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang tidak diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan kesihatan kepada pesakit dan orang awan juga penting untuk doktor gigi mengetahuinya dan yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu tahu mengetahui kemahiran dalam pentadbiran klinikal.
KELAYAKAN DOKTOR GIGI
Sebelum seseorang itu layak bergelar sebagai doktor gigi. seseorang itu perlulah memiliki kelayakaan seperti yang disenaraikan di bawah.
Ijazah dalam Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
Gaji permulaan ialah pada Gred U41:P1T5 RM2366.55 atau
Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia berdasarkan seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971.
Gaji Permulaan ialah pada Gred U41: P1T5 RM2366.55
Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Rajah 1: Senarai Gaji Doktor Gigi
Gred
|
Anggaran gaji kasar permulaan
( paling minimum )
|
Elaun pakar
|
*Elaun perumahan
|
JUSA
|
RM 6,135.80
|
RM 2,400
|
RM 2,500
|
DU54
|
RM 4,300.00
|
RM 2,200
|
RM 1,100
|
DU52
|
RM 3,980.56
|
RM 2,200
|
RM 1,100
|
U54
|
RM 4,572.25
|
RM 1,800
|
RM 1,100
|
U52
|
RM 4,341.10
|
RM 1,800
|
RM 700
|
U48
|
RM 3,835.51
|
RM 1,700
|
RM 700
|
DU 45
|
RM 2,485
|
RM 1,500
|
RM 700
|
U44
|
RM 2,633.83
|
RM 1,400
|
RM 600
|
U41
|
RM 1,783.43
|
-
|
RM 300
|
*Elaun Perumahan Bergantung Kepada Negeri Bertugas
PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI
Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini terjawab
1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.
Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif. Jawapan bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah kejayaan. Jawapan yang perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan kerana ‘dipaksa’ menjadi doktor oleh kedua orang tua. Perlu diingati tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan daya komitmen yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat kerana Illahi dan membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini serta keikhlasan dalam memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu daripada pesakit dan kelas yang dihadiri.
2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.
Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan kehidupan. Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital dan melihat secara dekat bagaimana seorang doktor bertugas menyabung nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh demikian itu, adalah tidak memadai dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu disaksikan secara langsung. Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan penjelasan bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.
3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.
Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi, anda telah mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan tindakan. Ini patut dimulakan dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada sebelum layak ke sekolah perubatan. Siapkan diri anda dengan memastikan anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain daripada itu, anda perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan anda dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan perubatan. Ini adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti perubatan, anda tidak akan berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau terma perubatan yang digunakan. Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam bidang perubatan. Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi mencapai cita – cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan pakar perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi ikon kebanggan negara.
No comments:
Post a Comment