Tuesday, February 26, 2013

Kerjaya dalam bidang perubatan


Ada dua aspek di dalam etika perubatan. Satu bahagian mem fokus kepada isu yang dihadapi oleh doktor semasa berinteraksi dengan pesakit. Ini adalah etika klinikal yang menyentuh pertimbangan dan keputusan yang diambil semasa merawat pesakit, atau berinteraksi dengan doktor lain atau kakitangan kesihatan yang lain.

            Satu bahagian lagi memfokus kepada isu-isu yang menyentuh dasar umum perubatan dalam masyarakat umpamanya isu pengguguran, pengagihan sumber kesihatan secara adil, perlindungan manusia dalam penyelidikan dan sebagainya. Aspek ini kerapkali disebut sebagai etika biomedikal. Etika biomedikal kerapkali diiringi oleh perundangan.



Sejak dari zaman dahulu lagi sudah terdapat pelbagai sistem perundangan yang cuba mengawal amalan para doktor. “Code of Laws of Hammurabi (1790 B.C.)” mengawal bukan sahaja upah yang perlu dibayar tetapi menetapkan bahawa rawatan yang berjaya dibayar mengikut kemampuan pesakit. Jika rawatan tidak berjaya doktor dihukum kudung. Dari abad keempat (B.C.) lagi Ikrar Hippocrates telah menunjukkan betapa profesion perubatan mengambil berat untuk mewujudkan satu piawai tingkah laku atau kesusilaan yang menyentuh bukan sahaja perhubungan antara doktor dan pesakit, tetapi juga guru dan pelajar perubatan. Suatu cadangan oleh Thomas Percival di England pada tahun 1789 menjadi asas kod tingkah laku doktor masa kini. Dengan adanya satu tidak berkelayakan dengan mewujudkan suatu pendaftaran perubatan. Pada zaman kuno etika perubatan lebih menekankan kewajipan dan tanggungjawab doktor kepada pesakitnya. Di zaman moden ini, kewajipan profesion ini telah diubahsuaikan dengan penggubalan Pengisytiharan Geneva pada tahun 1974 oleh Pertubuhan Perubatan Sedunia.

Susulan daripada Deklarasi ini beberapa kod lain telah digubal untuk tujuan tertentu:

Kod Nuremburg (1950) mengenai siasatan klinikal.
Kod Helsinki (1964) mengenai eksperimen ke atas manusia.
Kod Sydney (1968) mengenai penetapan kematian.
Kod Oslo (1970) mengenai pengguguran terapeutik.

Kod Nuremburg digubal susulan daripada kecuaian, kekerasan dan kekejaman yang berlaku dalam amalan perubatan semasa Perang Dunia  Kedua yang membuat bermacam-macam eksperimen dan pencerobohan terhadap manusia. Kod ini memulakan era baru dalam amalan perubatan. Kini autonomi pesakit menjadi fokus utama dan prinsip yang dipegang adalah setiap insan yang dewasa dan berfikiran waras mempunyai hak memilih dan menentukan apa yang hendak dilakukan ke atas badannya. Etika perubatan dikaji dari masa kesemasa selaras mengikut kemajuan dalam teknologi perubatan. Umpamanya, teknologi pemindahan organ telah memerlukan para doktor membuat definisi baru kepada istilah kematian, permanian beradas telah membolehkan persenyawaan luar nikah, dan persenyawaan in vitro telah menimbulkan masalah nyawa yang hidup dalam tabung uji dan ibu tumpangan.







No comments:

Post a Comment