Thursday, February 14, 2013

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir


Secara khususnya, saya tak dapat nak beri gambaran senang atau sukar belajar dalam bidang perubatan. Akan tetapi, dah nama pun belajar... mestilah susah. Pokok pangkalnya pelajar mesti rajin berusaha. Tak kira dalam bidang perubatan, kejuruteraan, di Mesir atau dimana sahaja pun belajar tetap sukar.

Secara umumnya, universiti-universiti awam di Mesir menyediakan pembelajaran bidang perubatan dalam sistem konvensional. Ini bermakna pelajar perubatan di sini akan mempelajari ilmu-ilmu perubatan daripada “A to Z”. Tidak seperti di negara-negara moden yang menyediakan pembelajaran secara problem based learning yang lebih menarik dan ringkas, pembelajaran sistem konvensional di Mesir lebih menumpukan aspek teoretikal berbanding aspek praktikal. Maka tidak hairanlah pelajar-pelajar perubatan Mesir dikatakan mantap teorinya dan sesuai menjadi 'diagnostician'.

Bagi sistem pembelajaran, setiap tahun hanya terbahagi kepada dua semester sahaja yang dipisahkan oleh cuti musim sejuk selama dua minggu. Kuliah biasanya bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir awal bulan 7. Oleh itu, anda boleh mendapatkan cuti lebih kurang dua bulan setengah sebelum tahun baru bermula.

Seterusnya, berkenaan sistem pemarkahan pula, saya akan menceritakan lebih untuk Universiti Kaherah kerana sesetengah universiti seperti Universiti Iskandariah, mengamalkan 'integrated-system' yang mempunyai modul pemarkahan dan sistem pemarkahan yang berbeza.

Untuk sistem pemarkahan, pembahagian markah kebanyakannya tertumpu kepada peperiksaan akhir tahun yang merangkumi peperiksaan praktikal, bertulis dan oral. Dan sejumlah markah diagihkan kepada peperiksaan pertengahan tahun (akhir semester satu). Dan sebilangan kecil markah diagihkan untuk kuiz-kuiz kecil dan tugasan kertas kerja.

Namun, jumlah markah untuk kuiz dan tugasan kertas kerja berbeza mengikut subjek. Biasanya, kuiz adalah sebanyak 2 atau 3 kali setahun dan tugasan kertas kerja sekali atau tiada langsung. Oleh itu, anda boleh menyimpulkan pembelajaran di sini lebih menumpukan kepada kelas 'lecture' dan di akhir tahun, anda akan berdepan dengan ujian yang mengambil markah yang banyak. Semudah itu.

No comments:

Post a Comment