Thursday, February 14, 2013

Syarat Dan Kelayakan Akademik Pengajian Perubatan Di Mesir

Syarat Dan Kelayakan Akademik Pengajian Perubatan Di Mesir


Pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti Pengajian Perubatan Di Mesir mestilah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu:

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau gred B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.

Ini adalah syarat minimum yang ditetapkan oleh KPT bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara(SSLN).

Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.


Bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatanpergigian dan farmasi di Mesir, Indonesia & Russia, sila klik link dibawah:

No comments:

Post a Comment