Saya ingin belajar dalam bidang perubatan, Universiti manakah yang terbaik?
Kesemua universiti diatas adalah di iktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, namun dari segi yuran, kos sara hidup, kualiti pendidikan kami menyarankan Universiti Mansoura Mesir.
Saya mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan
Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP Ibu/Bapa dan pihak Study Medic akan menguruskannya.
Bolehkah saya mendapatkan biasiswa?
Pihak Study Medic mencadangkan supaya anda hubungi pihak penaja seperti Majlis Amanah Rakyat atau Kementerian Pengajian Tinggi.
Media menyatakan keadaan di Mesir agak huru-hara akibat rusuhan, adakah saya akan selamat berada di sana?
Kawasan penempatan pelajar adalah jauh dari tempat rusuhan berlaku, rusuhan adalah dari segelintir rakyat kepada pihak kerajaan Mesir dan tidak melibatkan pelajar luar. Namun begitu, anda juga perlu berhati-hati dan maklumkan kepada pihak pengurusan Study Medic di sana jika berlaku sebarang perkara yang tak di ingini.
Berapakah berat beg dan barang yang boleh saya bawa ketika penerbangan?
Berat maksima hand carry adalah 7kg, 2 bagasi seberat 23kg setiap satu manakala komputer riba serta bahan bacaan dikecualikan.
Bagaimanakah keadaan cuaca di mesir?
Musim Sejuk ketara November - Januari(Min 5°C)
Musim Bunga Februari – April
Musim Panas ketara Mei - Julai (Maksimum 40°C)
Musim Luruh Ogos - Oktober
Adakah mudah untuk mendapatkan makanan Malaysia di sana?
Ada tetapi tidak banyak, sukar untuk mendapatkan makanan pedas.
Adakah Study Medic menyediakan perkhidmatan kiriman barang?
Ya. pihak kami menyediakan perkhidmatan kiriman barang serendah RM60/kg dan memakan masa 1 hingga 2 minggu untuk tiba di sana.
Bagaimana dengan kos sara hidup di Mesir?
Jika di Universiti Mansoura, kos hidup adalah rendah sekitar RM500 sebulan, namun bergantung kepada cara hidup pelajar itu sendiri.
Saya ingin belajar di Russia kerana yuran yang lebih murah?
Ya, tetapi kos sara hidup di Russia sangat tinggi, agak sukar mendapatkan makanan halal dan keadaan cuaca extream.
Selepas tamat pengajian perubatan, adakah saya boleh membuka klinik sendiri?
Anda perlu bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun di hospital kerajaan
Adakah pihak Study Medic menyediakan asrama kepada pelajar?
Ya, semua pelajar dibawah Study Medic akan tinggal dirumah yang kami sediakan. Perabot seperti mesin basuh, peti sejuk, katil, dapur, meja makan juga menjadi hak milik kekal pelajar.
No comments:
Post a Comment