Kalau nak dibandingkan dengan kos mengambil jurusan perubatan di institusi swasta dalam negara, mahupun negara luar selain Mesi, ternyata memang Mesir jauh lebih murah kos pengajian perubatannya. Sebagai contoh, kos pengajian keseluruhan termasuk kos sara hidup selama 6 tahun di Mesir hanya memakan belanja kurang dari RM250,000 bagi seorang pelajar, manakala kos pengajian perubatan keseluruhan dengan TIDAK termasuk kos sara hidup di Malaysia sahaja berjumlah RM300,000 bagi seorang pelajar.
2. Universiti Mesir diiktiraf JPA/MARA
Salah satu keistimewaan fakulti perubatan universiti-universiti Mesir ini adalah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahupun Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Hampir saban tahun, JPA dan MARA akan menghantar sebilangan pelajar Malaysia ke universiti Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Oleh itu, terbuktilah negara Mesir merupakan salah satu negara yang amat baik dalam bidang perubatan.

3. Kouta untuk bidang perubatan di Malaysia terlalu sedikit
Sepertimana yang kita semua maklum, kuota bagi pelajar perubatan di Malaysia sangat terhad sedangkan lepasan SPM/A -Level/ Program Matrikulasi yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 adalah tersangat ramai. Pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sebegini rata-ratanya memang ingin mengambil jurusan perubatan di institusi awam di Malaysia. Namun, mereka gagal mendapat tempat dan akhirnya memilih Mesir sebagai destinasi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

4. Sistem Pembelajaran jauh lebih baik
Apa yang dimaksudkan dengan penyataan di atas bukanlah perbandingan dengan IPTA/IPTS di Malaysia, tetapi ianya dimaksudkan dengan perbandingan dengan negara Rusia. Kos pengajian perubatan di Rusia berjumlah RM200.000 tidak termasuk sara hidup ( sumber dari sahabat di Rusia ), namun sistem pembelajaran di sana agak ketinggalan berbanding Mesir. Contohnya, pelajar perubatan di Mesir kini menggunakan sistem e-learning sedangkan pelajar perubatan di Rusia masih menggunakan papan hitam.
5. Ingin menjadi doktor Muslim
Bidang tugas seorang doktor bukan sahaja untuk merawat pesakit semata-mata, tetapi jauh lebih dari itu. Kini, zaman ini, doktor juga memegang peranan yang amat besar, khusunya dalam penyebaran dakwah. Sebagai analogi mudah, kalau pesakit berjumpa seorang dokter untuk melakukan pemeriksaan, pesakit tersebut akan mengikut segala perintah yang diarahkan dokter kepada beliau, dalam erti kata lain, pesakit mempercayai dokter jauh lebih pesakit mempercayai didinya sendiri. Lihat dan nilai sejauh mana besarnya pengaruh seorang doktor kepada pesakit. Inilah sebabnya mengapa perlunya doktor Muslim. Kita mungkin sudah mempunyai ramai tenaga doktor, namun, adakah kita memunyai bilangan tenagan doktor Muslim yang mencukupi?Apa yang dimaksudkan dengan penyataan di atas bukanlah perbandingan dengan IPTA/IPTS di Malaysia, tetapi ianya dimaksudkan dengan perbandingan dengan negara Rusia. Kos pengajian perubatan di Rusia berjumlah RM200.000 tidak termasuk sara hidup ( sumber dari sahabat di Rusia ), namun sistem pembelajaran di sana agak ketinggalan berbanding Mesir. Contohnya, pelajar perubatan di Mesir kini menggunakan sistem e-learning sedangkan pelajar perubatan di Rusia masih menggunakan papan hitam.
5. Ingin menjadi doktor Muslim
6. Impian sejak kecil
Bercakap tentang impian, rasanya semua sudah arif mengenai apa yang dimaksudkan dengan impian. Sejak dari kecil, kita sering didedahkan dengan pekerjaan mulia ini sehinggalah tersemat impian untuk menjadi seorang pengamal perubatan. Oleh itu, kita pun belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengejar impian dan cita-cita untuk memasuki bidang perubatan.
7. Mendalami Ilmu agama
Mesir adalah bumi anbia, bumi para nabi. Di sinilah juga bermulanya penyebaran agama Islam suatu ketika dahulu. Selain tamadun Mesir Purbaa yang banyak meninggalkan kesan sejarah, Mesir juga adalah tempat di mana Islam bertapak dan berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Oleh itu, amatlah rugi jika kunjungan ke Mesir tidak disertai dengan niat untuk mendalami Ilmu agama di sini. Terdapat ramai syeikh dan ulama Mesir yang boleh dijadikan tempat sandaran untuk mendapat ilmu agama daripada mereka. Ingatlah, Ilmu dunia hanya dapat membimbing kita di dunia, namun Ilmu agama akan membimbing kita di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment