Sunday, February 24, 2013

Peluang menjana pendapatan dengan Study Medic Affiliate

Peluang menjana pendapatan dengan Study Medic Affiliate


Asalamualaikum...

Perhatian kepada blogger dan webmaster, kami menjemput anda semua untuk menjana pendapatan lumayan bersama kami di Study Medic dengan mendaftar affiliate program.

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM500 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dibawah Study Medic.

Untuk mendaftar sebagai agent affiliate, sila isi borang menggunakan link dibawah:
http://studymedic.com.my/daftar.php

Mengapa Perlu Belajar Perubatan Di Mesir

1. Kos pengajian di Mesir jauh lebih murah
Kalau nak dibandingkan dengan kos mengambil jurusan perubatan di institusi swasta dalam negara, mahupun negara luar selain Mesi, ternyata memang Mesir jauh lebih murah kos pengajian perubatannya. Sebagai contoh, kos pengajian keseluruhan termasuk kos sara hidup selama 6 tahun di Mesir hanya memakan belanja kurang dari RM250,000 bagi seorang pelajar, manakala kos pengajian perubatan keseluruhan dengan TIDAK termasuk kos sara hidup di Malaysia sahaja berjumlah RM300,000 bagi seorang pelajar.

2. Universiti Mesir diiktiraf JPA/MARA
Salah satu keistimewaan fakulti perubatan universiti-universiti Mesir ini adalah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahupun Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Hampir saban tahun, JPA dan MARA akan menghantar sebilangan pelajar Malaysia ke universiti Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Oleh itu, terbuktilah negara Mesir merupakan salah satu negara yang amat baik dalam bidang perubatan.

3. Kouta untuk bidang perubatan di Malaysia terlalu sedikit
Sepertimana yang kita semua maklum, kuota bagi pelajar perubatan di Malaysia sangat terhad sedangkan lepasan SPM/A -Level/ Program Matrikulasi yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 adalah tersangat ramai. Pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sebegini rata-ratanya memang ingin mengambil jurusan perubatan di institusi awam di Malaysia. Namun, mereka gagal mendapat tempat dan akhirnya memilih Mesir sebagai destinasi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
4. Sistem Pembelajaran jauh lebih baik
Apa yang dimaksudkan dengan penyataan di atas bukanlah perbandingan dengan IPTA/IPTS di Malaysia, tetapi ianya dimaksudkan dengan perbandingan dengan negara Rusia. Kos pengajian perubatan di Rusia berjumlah RM200.000 tidak termasuk sara hidup ( sumber dari sahabat di Rusia ), namun sistem pembelajaran di sana agak ketinggalan berbanding Mesir. Contohnya, pelajar perubatan di Mesir kini menggunakan sistem e-learning sedangkan pelajar perubatan di Rusia masih menggunakan papan hitam.

5. Ingin menjadi doktor Muslim
Bidang tugas seorang doktor bukan sahaja untuk merawat pesakit semata-mata, tetapi jauh lebih dari itu. Kini, zaman ini, doktor juga memegang peranan yang amat besar, khusunya dalam penyebaran dakwah. Sebagai analogi mudah, kalau pesakit berjumpa seorang dokter untuk melakukan pemeriksaan, pesakit tersebut akan mengikut segala perintah yang diarahkan dokter kepada beliau, dalam erti kata lain, pesakit mempercayai dokter jauh lebih pesakit mempercayai didinya sendiri. Lihat dan nilai sejauh mana besarnya pengaruh seorang doktor kepada pesakit. Inilah sebabnya mengapa perlunya doktor Muslim. Kita mungkin sudah mempunyai ramai tenaga doktor, namun, adakah kita memunyai bilangan tenagan doktor Muslim yang mencukupi?

6. Impian sejak kecil
Bercakap tentang impian, rasanya semua sudah arif mengenai apa yang dimaksudkan dengan impian. Sejak dari kecil, kita sering didedahkan dengan pekerjaan mulia ini sehinggalah tersemat impian untuk menjadi seorang pengamal perubatan. Oleh itu, kita pun belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengejar impian dan cita-cita untuk memasuki bidang perubatan.
7. Mendalami Ilmu agama
Mesir adalah bumi anbia, bumi para nabi. Di sinilah juga bermulanya penyebaran agama Islam suatu ketika dahulu. Selain tamadun Mesir Purbaa yang banyak meninggalkan kesan sejarah, Mesir juga adalah tempat di mana Islam bertapak dan berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Oleh itu, amatlah rugi jika kunjungan ke Mesir tidak disertai dengan niat untuk mendalami Ilmu agama di sini. Terdapat ramai syeikh dan ulama Mesir yang boleh dijadikan tempat sandaran untuk mendapat ilmu agama daripada mereka. Ingatlah, Ilmu dunia hanya dapat membimbing kita di dunia, namun Ilmu agama akan membimbing kita di dunia dan akhirat.

Wednesday, February 20, 2013

Pengambilan Pelajar Sesi 2013 Dibuka

Pengambilan Pelajar Sesi 2013 Dibuka

Asamualaikum...

Saya ingin memberitahu kepada ibu bapa atau pelajar lepasan SPM, Matrikulasi atau STPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi di Universiti terkemuka Mesir. Pengambilan pelajar kini dibuka dan bagi mereka yang berada di selatan semenanjung Malaysia, kami akan berada di MITC Melaka pada 23 hingga 24 Febuari 2013.

Jom datang beramai-ramai ke MITC Melaka!

Bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan,pergigian dan farmasi di Mesir, Indonesia & Russia, sila klik link dibawah:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya di talian 012 2865228 - Azrul Haris
atau email azrul@studymedic.com.my

Yuran pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Yuran pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Kadar yuran adalah berbeza mengikut bidang, negara dan universiti. kami menyarankan anda mendapatkan tempat di Mansoura Universiti Mesir kerana kadar yuran pengajian yang rendah serta kos hidup lebih murah berbanding universiti lain. 

Untuk melihat kadar yuran pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi bagi negara Mesir, Indonesia dan Russia, sila klik link dibawah:

Pengajian Program Mansoura-Manchester


Pengajian Program Mansoura-Manchester

Universiti Mansoura menawarkan dua program bagi bidang perubatan iaitu: Conventional Program dan Manchester Program. Boleh dikatakan hampir semua universiti di Mesir menggunakan sistem Conventional kecuali Alexandria University.
Untuk makluman semua, Manchester Program dan Conventional Program ini berbeza dari sudut silibus, cara pembelajaran serta cara belajar dan juga berlainan sistem peperiksaan. Walau berbeza cara, matlamatnya tetap jua sama – dah graduate jadi doktor juga. Insya-Allah.
Dalam Manchester Program, terdapat dua sem untuk setahun. Setiap sem, para pelajar akan belajar satu topik, contohnya pelajar sem tiga, akan belajar topik cardio-respiratory fitness. Maka, sepanjang sem tiga tersebut akan belajar segala yang berkaitan dengan cardio-respiratory fitness - segenap sudut. Para pelajar diajar dengan menggunakan Program Based Learning (PBL).

Apa itu PBL?

PBL merupakan nama singkatan bagi Program Based Learning. Dalam program ni, pelajar akan diberikan satu kes setiap minggu, selalunya setiap sem ada 10 kes, maksudnya, total 20 kes untuk setahun. PBL, dalam bahasa mudah dan ringkas merupakan kumpulan kecil. Dalam setiap PBL, ada lebih kurang 11 orang, dan setiap PBL mempunyai mentor mereka sendiri yang terdiri daripada doktor universiti. PBL ni tempat untuk berbincang dengan ahli PBL masing-masing setelah menghadiri kuliah umum.

Aktiviti sepanjang PBL

Kes yang diberikan selalunya dalam bentuk karangan. Dalam bentuk karangan itulah terdapat segala maklumat mengenai pesakit, patients complain dan sebgainya. Ahli kumpulan PBL seterusnya, memilih seorang chairman untuk kendalikan kes PBL tersebut.
Selalunya, PBL dimulakan dengan bacaan kes dari setiap ahli. Kemudian ahli kumpulan akan cari difficult words and try to define it, contohnya "dysphagia", "abscess", etc. Kemudian, chairman akan meminta ahli kumpulan mencadangkan objektif. Objektif tersebut merupakan assignment mingguan pelajar - e.g, physiology of pain etc. Objektif tersebut bukanlah setakat satu mahupun dua, boleh jadi berbelas-belas.
PBL berikutnya, pelajar diminta untuk menjelaskan segala yang telah dipelajari hasil kajian (study) objektif bagi case tersebut pada ahli PBL lain, doktor cuma akan tambah sikit-sikit – sekadar mentor.

Jadual harian

Pelajar perlu menghadiri kuliah umum selama lebih kurang dua jam dan kelas praktikal selama sejam. Apabila dah sem tiga, pelajar didedahkan dengan pendedahan awal di hospital (chest department and radiological imaging) tapi bila sem enam baru ada early experience clinical (melibatkan pesakit).

Dari mana nak dapat bahan belajar?

Tidak ada buku yang wajib dibeli khas untuk program ini. Untuk buku, boleh saja beli buku department (macam conventional) takpun pinjam buku senior kemudian photostat ataupun boleh beli buku rujukan antarabangsa seperti: Netter Atlas and Guyton & Hall Physiology. Lecture notes, slides doktor dalam lecture merupakan eleman paling penting sebab slide itu lah guideline untuk belajar.

Exam, macam mana pula?

Jumlah kertas yang perlu diduduki oleh pelajar adalah sebanyak tiga kertas. Kertas pertama ialah MCQ, yang mana korang cuma perlu menghitamkan borang OMR tu. Kedua berbentuk kertas esei dan yang terakhir sekali OSCE exam. OSCE merupakan bentuk peperiksaan yang melibatkan practical lessons dan juga histology slide. Pelajar dikehendaki menjawab atas kertas asing berdasarkan soalan pada komputer.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir, Indonesia & Russia, sila klik link dibawah:

Sunday, February 17, 2013

Permohonan pelajar di Mesir dilulus

Permohonan pelajar di Mesir dilulus


PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

"Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

"Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

"Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

"Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri.

medic mesir study medic perubatan di mesir

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_03/Permohonan-pelajar-di-Mesir-dilulus#ixzz2LDVLhT72
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, February 14, 2013

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir


Secara khususnya, saya tak dapat nak beri gambaran senang atau sukar belajar dalam bidang perubatan. Akan tetapi, dah nama pun belajar... mestilah susah. Pokok pangkalnya pelajar mesti rajin berusaha. Tak kira dalam bidang perubatan, kejuruteraan, di Mesir atau dimana sahaja pun belajar tetap sukar.

Secara umumnya, universiti-universiti awam di Mesir menyediakan pembelajaran bidang perubatan dalam sistem konvensional. Ini bermakna pelajar perubatan di sini akan mempelajari ilmu-ilmu perubatan daripada “A to Z”. Tidak seperti di negara-negara moden yang menyediakan pembelajaran secara problem based learning yang lebih menarik dan ringkas, pembelajaran sistem konvensional di Mesir lebih menumpukan aspek teoretikal berbanding aspek praktikal. Maka tidak hairanlah pelajar-pelajar perubatan Mesir dikatakan mantap teorinya dan sesuai menjadi 'diagnostician'.

Bagi sistem pembelajaran, setiap tahun hanya terbahagi kepada dua semester sahaja yang dipisahkan oleh cuti musim sejuk selama dua minggu. Kuliah biasanya bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir awal bulan 7. Oleh itu, anda boleh mendapatkan cuti lebih kurang dua bulan setengah sebelum tahun baru bermula.

Seterusnya, berkenaan sistem pemarkahan pula, saya akan menceritakan lebih untuk Universiti Kaherah kerana sesetengah universiti seperti Universiti Iskandariah, mengamalkan 'integrated-system' yang mempunyai modul pemarkahan dan sistem pemarkahan yang berbeza.

Untuk sistem pemarkahan, pembahagian markah kebanyakannya tertumpu kepada peperiksaan akhir tahun yang merangkumi peperiksaan praktikal, bertulis dan oral. Dan sejumlah markah diagihkan kepada peperiksaan pertengahan tahun (akhir semester satu). Dan sebilangan kecil markah diagihkan untuk kuiz-kuiz kecil dan tugasan kertas kerja.

Namun, jumlah markah untuk kuiz dan tugasan kertas kerja berbeza mengikut subjek. Biasanya, kuiz adalah sebanyak 2 atau 3 kali setahun dan tugasan kertas kerja sekali atau tiada langsung. Oleh itu, anda boleh menyimpulkan pembelajaran di sini lebih menumpukan kepada kelas 'lecture' dan di akhir tahun, anda akan berdepan dengan ujian yang mengambil markah yang banyak. Semudah itu.