Sunday, August 18, 2013

Peluang melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan

Peluang melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan


Asalamualaikum..

Disini kami ingin memberi penerangan tentang kadar yuran terbaru yang lebih rendah berbanding sebelum ini bagi program perubatan Sechenov First Moscow State Medical University Russia


1. Yuran Pengajian USD6500.
2. Yuran Hostel USD2950 + USD200 (Tambahan USD 200 utk First Year sahaja).
3. Insuran USD175.
4. Nostrification USD350.
5. Invitation Letter USD50.
6. Handling Documentation USD2500.
7. Agency Fees RM8000 utk private students dan RM5000 utk Agensi Penaja (MARA, JPA, Pusat Zakat, Yayasan Negeri dll).

Semua bayaran No. 1 - 6 dibayar terus kepada Universiti manakala No. 7 dibayar kepada GMN
Pelajar yang sudah bersetuju utk pergi Russia juga tertakluk kepada kadar baru ini. Kadar ini lebih murah kerana GMN telah dilantik sbg wakil sah First Moscow State Medical Univ atau sebelumnya dikenali sbg MMA dan The Russian National Research Medical Univ atau sebelum ini dikenali sbg RSMU.

Antara kedua univ ini, sila bagi keutamaan pada FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIV. kerana pengajian dijalankan sepenuhnya dalam English. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2013.
Utk tahun kedua dan seterusnya kadar yuran ialah USD6500.

Pelajar lepasan SPM yang tiada C boleh terus masuk Tahun 1 tanpa perlu buat Foundation atau Matrikulasi.
Bagi pelajar yang ada C kena buat Foundation dulu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 0122865228 Azrul Haris

atau datang terus ke pejabat kami di:

Global Medic Network Sdn Bhd
No 38-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Tuesday, April 16, 2013

Pendaftaran Pelajar

Pendaftaran Perubatan Di Mesir

Syarat dan kelayakan:
SPM Minimum B dalam Semua subjek termasuk Fizik, Biologi, Kimia, B. Inggeris, Matematik.

Prosedur pendaftaran:

Sila sediakan dokumen seperti dibawah:

1) 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT
2) 15 SALINAN SPM
3) 15 SALINAN KAD PENGENALAN
4) CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN)
5) 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika ada)
6) 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU

Pos laju ke alamat:

Azrul Haris
Global Medic Network Sdn Bhd
No 38-1, Jalan 7/7B, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi Selangor

Atau hubungi 012 2865 228 untuk maklumat lanjut

Taklimat Siri Ke 4 Seluruh Negara

Taklimat Siri Ke 4 Seluruh Negara

Asalamualaikum...

Kami akan mengadakan taklimat pengajian perubatan bagi lepasan SPM di seluruh negara, Kami juga akan berada di Kota Kinabalu dan Kuching Sarawak. 

Bagi Ibu/Bapa dan pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan, Pergigian atau Farmasi, anda dijemput hadir beramai-ramai.

Berikut merupakan Jadual taklimat:

Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa Untuk Pendaftaran:
1) 32 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT  
2) 15 SALINAN SPM 
3) 15 SALINAN KAD PENGENALAN 
4) CABUTAN SIJIL LAHIR ASLI BESERTA 
10 SALINAN (BOLEH PERGI KE JPN DAN MINTA CABUTAN SIJIL LAHIR, BAYARAN RM5 DIKENAKAN) 
5) 15 SALINAN PASSPORT ANTARABANGSA(Jika Ada) 
6) 5 SALINAN KAD PENGENALAN IBU 
7) WANG PENDAHULUAN SEBANYAK RM500
NEGERILOKASIMASAPERUNDING
KLUANG JOHOREXTREME BOUTIQUE HOTEL TMN INTAN KLUANG
20 APRIL – 4 PETANG
012 286 5228 – AZRUL HARIS
SG PETANI KEDAHHOTEL SERI MALAYSIA SG PETANI20 APRIL – 11 PAGI019 275 7645 – TUN SYABRI
TELUK INTAN PERAKGRAND COURT HOTEL TELUK INTAN20 APRIL – 11 PAGI012 218 8570 – NURUL AIN
TAIPING PERAKHOTEL TAIPING PERDANA TAIPING21 APRIL – 11 PAGI019 275 7645 – TUN SYABRI
BANGI SELANGORKOLEJ PENDETA ZAABA UKM BANGI20 APRIL – 3 PETANG012 974 7234 – NURUL HIDAYAH
KUANTAN PAHANGOPEN UNIVERSITI KUANTAN20 APRIL – 11 PAGI012 306 6818 – AKMAL
KUALA TERENGGANUHOTEL SERI MALAYSIA K. TERENGGANU21 APRIL – 11 PAGI012 639 3059 – AZNIL AZIM
KOTA BHARU KELANTANOPEN UNIVERSITI KOTA BHARU20 APRIL – 11 PAGI012 639 3059 – AZNIL AZIM
GUA MUSANG KELANTANKESEDAR INN GUA MUSANG20 APRIL – 10 PAGI012 586 2277 – FAREES FAEZAL
KUCHING SARAWAKOPEN UNIVERSITI KUCHING20 APRIL – 11 PAGI012 770 2208 – DR MUHAMMAD
KOTA KINABALU SABAHCITITEL EXPRESS KOTA KINABALU21 APRIL – 11 PAGI012 770 2208 – DR MUHAMMAD

Thursday, March 7, 2013

Senarai Universiti Yang Diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Intake 2013/2014 Ijazah Perubatan Di Mesir Bagi Lepasan Spm

Asalamualaikum... Kepada ibu bapa pelajar lepasan SPM yang inginkan anak mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di mesir, anda boleh mendaftar dengan emailkan maklumat seperti dibawah:

1. Nama penuh pelajar
2. Nama Ibu / Bapa atau penjaga
3. No Telefon
4. No Kad pengenalan pelajar
5. Keputusan SPM (SPM sebenar selepas keputusan keluar)

email ke studymedic@gmail.com


  Senarai Universiti Yang Diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Mesir

Mansoura University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

Alexandria University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya gred B dalam semua subjek.

Russia

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan.

Indonesia

Universitas Airlangga

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Universitas Sumatera Utara

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Universitas Padjadjaran

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian. Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Institut Teknologi Bandung

Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang yang ditawarkan adalah Farmasi selama 4 tahun. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf. Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.

Study Medic Di Karnival Pengajian Tinggi

Asalamualaikum semua! 9/03-10/03 depan team Study Medic akan berada di Padang Kawad Perkarangan Dewan Utama Pelajar USM,Pulau Pinang.Boleh datang jumpa kami untuk penerangan lanjut tentang pengajian perubatan Mesir sesi 2013/2014

P/s Untyuk maklumat lanjut sila hubungi: 012 2865 228 Azrul Haris

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjamanyang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.


Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


Jenis Pinjaman


Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman Biasa


Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
Bidang Kritikal
Bidang Keutamaan
Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)


Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.


MAKLUMAT LANJUT


Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis/e-mel ke alamat berikut:-


Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya


E-mel : Maklumat Umum Penajaan : penawaranlsp@jpa.gov.my / dasarpenajaan@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Luar Negara : lspln@jpa.gov.my

E-mel : Penajaan Dalam Negara : lspdn@jpa.gov.my


Klik untuk info lanjut


Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung program perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir, sila daftar di study medic atau email nama penuh, alamat, no telefon dan keputusan SPM ke studymedic@gmail.com.

Tuesday, February 26, 2013

Kerjaya sebagai Doktor Gigi



TUGAS-TUGAS DOKTOR GIGI 


Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan beberapa tugas yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia. Tugas yang pertama yang perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat pemeriksaan ke atas pesakit perlu mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas pesakit tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya keatas pesakit tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika pesakit menunjukkan tanda – tanda yang agak serius doktor gigi perlulah membuat prosedur lanjutan dalam menyiasat penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan sebagainya.

Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi perlulah memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya dan jika penyakit pesakit tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka doktor gigi perlulah menentukan di mana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan memberi ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit tersebut memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos rawatan kepada syarikat yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah membuat laporan tersebut.

Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran ialah doktor gigi perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti kes-kes yang serius yang dihidapi oleh para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga membincangkan  perkembangan terbaru  berkaitan dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pengubalan dan juga menbuat perancangan unit

Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan sosial. Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga bahagian pentadbiran doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan juga membimbing staff klinikal dan juga kejururawatan agar perjalanan kedua-dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi juga membantu di dalam mengurus kes – kes yang berkaitan dengan “medico-legal”.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN





            Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam menangani permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi cabaran yang telah diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan sempurna begitu juga dengan doktor dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi situasi yang akan mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.



 Aspek Umum

            Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor gigi. Ini kerana dengan komunikasi yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa diambil berat oleh doktor dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka doktor perlulah menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun apabila memulakan perbualan seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit.

            Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab soalan kepada pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana takut berlakunya punca salah faham diantara pesakit dengan doktor. Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah menjawab apa yang dikemukakan oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak – agak. Selain itu, kemahiran menyelesaikan maslalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat, cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi perlu berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat rawatanya.

            Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan. Setiap doktor gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling pekeliling yang berkaitan dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam Perintah Am tersebut mengandungi larangan – larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah bersikap terbuka dengan apa jua situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang dengan emosi yang tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut. Doktor gigi juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah pesakit dan bijak menguruskan stress.

            Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran  teknologi maklumat juga penting. Ini selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat ini. Kerjaya doktor gigi ini juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu kumpulan dan mampu memberi arahan kepada staff – staff bawahan.
           

 Aspek Khusus

           
Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara iaitu yang pertama  mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor gigi memerlukan kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas kes ‘mediccolegal’. Doktor gigi juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes – kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain daripada itu juga doktor gigi juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah persedian untuk setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang tidak diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan kesihatan kepada pesakit dan orang awan juga penting untuk doktor gigi mengetahuinya dan yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu tahu mengetahui kemahiran dalam pentadbiran klinikal.

            

         KELAYAKAN DOKTOR GIGI




Sebelum seseorang itu layak bergelar sebagai doktor gigi. seseorang itu perlulah memiliki kelayakaan seperti yang disenaraikan di bawah.


Ijazah dalam Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. 

Gaji permulaan ialah pada Gred U41:P1T5 RM2366.55 atau

Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia berdasarkan seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971.  

Gaji Permulaan ialah pada Gred U41: P1T5 RM2366.55


Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Rajah 1: Senarai Gaji Doktor Gigi

Gred
Anggaran gaji kasar permulaan
( paling minimum )

Elaun pakar

*Elaun perumahan
JUSA
RM 6,135.80
RM 2,400
RM 2,500
DU54
RM 4,300.00
RM 2,200
RM 1,100
DU52
RM 3,980.56
RM 2,200
RM 1,100
U54
RM 4,572.25
RM 1,800
RM 1,100
U52
RM 4,341.10
RM 1,800
RM 700
U48
RM 3,835.51
RM 1,700
RM 700
DU 45
RM 2,485
RM 1,500
RM 700
U44
RM 2,633.83
RM 1,400
RM 600
U41
RM 1,783.43
-
RM 300

*Elaun Perumahan Bergantung Kepada Negeri Bertugas



PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI





Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini terjawab


1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.


Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif. Jawapan bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah kejayaan. Jawapan yang perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan kerana ‘dipaksa’ menjadi doktor oleh kedua orang tua. Perlu diingati tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan daya komitmen yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat kerana Illahi dan membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini serta keikhlasan dalam memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu daripada pesakit dan kelas yang dihadiri.






2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.


Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan kehidupan. Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital dan melihat secara dekat bagaimana seorang doktor bertugas menyabung nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh demikian itu, adalah tidak memadai dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu disaksikan secara langsung. Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan penjelasan bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.






3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.


Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi, anda telah mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan tindakan. Ini patut dimulakan dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada sebelum layak ke sekolah perubatan. Siapkan diri anda dengan memastikan anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain daripada itu, anda perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan anda dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan perubatan. Ini adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti perubatan, anda tidak akan berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau terma perubatan yang digunakan. Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam bidang perubatan. Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi mencapai cita – cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan pakar perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi ikon kebanggan negara.