Sunday, February 17, 2013

Permohonan pelajar di Mesir dilulus

Permohonan pelajar di Mesir dilulus


PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

"Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

"Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

"Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

"Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri.

medic mesir study medic perubatan di mesir

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_03/Permohonan-pelajar-di-Mesir-dilulus#ixzz2LDVLhT72
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, February 14, 2013

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir

Susah Atau Senang Belajar Perubatan Di Mesir


Secara khususnya, saya tak dapat nak beri gambaran senang atau sukar belajar dalam bidang perubatan. Akan tetapi, dah nama pun belajar... mestilah susah. Pokok pangkalnya pelajar mesti rajin berusaha. Tak kira dalam bidang perubatan, kejuruteraan, di Mesir atau dimana sahaja pun belajar tetap sukar.

Secara umumnya, universiti-universiti awam di Mesir menyediakan pembelajaran bidang perubatan dalam sistem konvensional. Ini bermakna pelajar perubatan di sini akan mempelajari ilmu-ilmu perubatan daripada “A to Z”. Tidak seperti di negara-negara moden yang menyediakan pembelajaran secara problem based learning yang lebih menarik dan ringkas, pembelajaran sistem konvensional di Mesir lebih menumpukan aspek teoretikal berbanding aspek praktikal. Maka tidak hairanlah pelajar-pelajar perubatan Mesir dikatakan mantap teorinya dan sesuai menjadi 'diagnostician'.

Bagi sistem pembelajaran, setiap tahun hanya terbahagi kepada dua semester sahaja yang dipisahkan oleh cuti musim sejuk selama dua minggu. Kuliah biasanya bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir awal bulan 7. Oleh itu, anda boleh mendapatkan cuti lebih kurang dua bulan setengah sebelum tahun baru bermula.

Seterusnya, berkenaan sistem pemarkahan pula, saya akan menceritakan lebih untuk Universiti Kaherah kerana sesetengah universiti seperti Universiti Iskandariah, mengamalkan 'integrated-system' yang mempunyai modul pemarkahan dan sistem pemarkahan yang berbeza.

Untuk sistem pemarkahan, pembahagian markah kebanyakannya tertumpu kepada peperiksaan akhir tahun yang merangkumi peperiksaan praktikal, bertulis dan oral. Dan sejumlah markah diagihkan kepada peperiksaan pertengahan tahun (akhir semester satu). Dan sebilangan kecil markah diagihkan untuk kuiz-kuiz kecil dan tugasan kertas kerja.

Namun, jumlah markah untuk kuiz dan tugasan kertas kerja berbeza mengikut subjek. Biasanya, kuiz adalah sebanyak 2 atau 3 kali setahun dan tugasan kertas kerja sekali atau tiada langsung. Oleh itu, anda boleh menyimpulkan pembelajaran di sini lebih menumpukan kepada kelas 'lecture' dan di akhir tahun, anda akan berdepan dengan ujian yang mengambil markah yang banyak. Semudah itu.

Syarat Dan Kelayakan Akademik Pengajian Perubatan Di Mesir

Syarat Dan Kelayakan Akademik Pengajian Perubatan Di Mesir


Pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti Pengajian Perubatan Di Mesir mestilah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu:

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau gred B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.

Ini adalah syarat minimum yang ditetapkan oleh KPT bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara(SSLN).

Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.


Bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatanpergigian dan farmasi di Mesir, Indonesia & Russia, sila klik link dibawah:

FAQ


F.A.Q

  • Saya ingin belajar dalam bidang perubatan, Universiti manakah yang terbaik?
  • Kesemua universiti diatas adalah di iktiraf Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, namun dari segi yuran, kos sara hidup, kualiti pendidikan kami menyarankan Universiti Mansoura Mesir.
  • Saya mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan
  • Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP Ibu/Bapa dan pihak Study Medic akan menguruskannya.
  • Bolehkah saya mendapatkan biasiswa?
  • Pihak Study Medic mencadangkan supaya anda hubungi pihak penaja seperti Majlis Amanah Rakyat atau Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Media menyatakan keadaan di Mesir agak huru-hara akibat rusuhan, adakah saya akan selamat berada di sana?
  • Kawasan penempatan pelajar adalah jauh dari tempat rusuhan berlaku, rusuhan adalah dari segelintir rakyat kepada pihak kerajaan Mesir dan tidak melibatkan pelajar luar. Namun begitu, anda juga perlu berhati-hati dan maklumkan kepada pihak pengurusan Study Medic di sana jika berlaku sebarang perkara yang tak di ingini.
  • Berapakah berat beg dan barang yang boleh saya bawa ketika penerbangan?
  • Berat maksima hand carry adalah 7kg, 2 bagasi seberat 23kg setiap satu manakala komputer riba serta bahan bacaan dikecualikan.
  • Bagaimanakah keadaan cuaca di mesir?
  • Musim Sejuk ketara November - Januari(Min 5°C) Musim Bunga Februari – April Musim Panas ketara Mei - Julai (Maksimum 40°C) Musim Luruh Ogos - Oktober
  • Adakah mudah untuk mendapatkan makanan Malaysia di sana?
  • Ada tetapi tidak banyak, sukar untuk mendapatkan makanan pedas.
  • Adakah Study Medic menyediakan perkhidmatan kiriman barang?
  • Ya. pihak kami menyediakan perkhidmatan kiriman barang serendah RM60/kg dan memakan masa 1 hingga 2 minggu untuk tiba di sana.
  • Bagaimana dengan kos sara hidup di Mesir?
  • Jika di Universiti Mansoura, kos hidup adalah rendah sekitar RM500 sebulan, namun bergantung kepada cara hidup pelajar itu sendiri.
  • Saya ingin belajar di Russia kerana yuran yang lebih murah?
  • Ya, tetapi kos sara hidup di Russia sangat tinggi, agak sukar mendapatkan makanan halal dan keadaan cuaca extream.
  • Selepas tamat pengajian perubatan, adakah saya boleh membuka klinik sendiri?
  • Anda perlu bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun di hospital kerajaan
  • Adakah pihak Study Medic menyediakan asrama kepada pelajar?
  • Ya, semua pelajar dibawah Study Medic akan tinggal dirumah yang kami sediakan. Perabot seperti mesin basuh, peti sejuk, katil, dapur, meja makan juga menjadi hak milik kekal pelajar.

Peluang Melanjutkan Dalam Bidang Perubatan Di Mesir

Peluang Melanjutkan Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi Di Mesir

Asalamualaikum...

Kami mengalu-alukan kepada ibu bapa bagi menghantar anak mereka mengikuti Pengajian Perubatan, Pergigian atau Farmasi di Mesir selaras dengan wawasan 2020 dimana nisbah doktor dan pesakit adalah 1:400 berbanding sekarang dimana seorang doktor terpaksa mengendalikan terlalu ramai pesakit menyebabkan pesakit terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan terutama bagi pesakit kronik.

Apakah kelebihan mengikuti pengajian perubatan di Mesir berbanding negara sendiri?

Sebenarnya terdapat banyak jurang perbezaan belajar perubatan di Mesir berbanding negara lain, antaranya ialah yuran pengajian yang jauh lebih murah, kos sara hidup rendah terutamanya di Mansoura Universiti. Namun begitu, ia bergantung kepada cara hidup setiap pelajar itu sendiri. 

Selain dapat melahirkan pakar perubatan, Mesir merupakan Bumi Anbia dimana pelajar dapat mendalami ilmu agama.
   

Apakah Kelayakan Minima Untuk Melanjutkan Pengajian Di Mesir?

Kelayakan minima ialah sekurang-kurangnya B dalam semua mata pelajaran SPM. Berbeza dengan negara-negara lain, Bidang perubatan di Mesir hanya memerlukan keputusan SPM. Ya SPM sahaja tanpa perlu mengambil Sijil Matrikulasi, STPM.